semua set memancing telah siap hanya perlu memasang umpan dan terus memancing.sampai di bandar pontian sudah senja,kami menuju ke tempat rekreasi yang menjadi tumpuan pemancing2. tiba di sana,air masih belum pasang,nampak lumpur saja, sambil 2 lepak2 melihat keindahan matahari terbenam,sungguh indah sekali.


lepas puas lepak2 kt tmpt rekreasi 2, kami sume pergi ke pantai di bandar pontian yang mne port baik tuk memancing. sampai saja kt bandar pontian, kami mencari2 tempat makan kerena perut sudah lapar sambil menunggu air laut pasang pada malam harinya.


selesai saja makan,kami terus pergi mencari surau tuk solat magharib,waktu pn dh nak hbs,nasib baik sempat. selesai solat angin bertiup kencang menandakan hujan akan turun,cepat2 kami mencari tempat memancing yang sesuai. sampai di tempat memancing, kami cepat2 menyiapkn mancing masing2 sebelum hujan turun. masa selesai memasang mancing gerimis menandakan hujan akan turun, ble umpan dh dipasang kami pn terus membaling umpan kedalam laut. masa 2 la hujan turun lebat. basah kami sume, tp dh alang2 memancing biar terus sampai habis.

sejuk malam tersebut dengan tiupan angin laut dan hujan yang masih tidak berhenti2. Tapi seronok ble diingat kembali waktu tersebut, terlupa seketika masalah2 yang ada. tepat pukul 12 malam kami sume pulang ke JB disebabkan keadaaan tidak mengizinkan kerana terlalu sejuk dan mengantuk.