Pages

Monday, November 22, 2010

aktiviti memancing di pontian

ble dh duduk JB ni,jd bosan asyik ingat pasal kerja je,ujung minggu pon kerja,ble ada mase gn de kawan-kawan ajak kuar mancing,pe lagi,layan terus la. petang sabtu bergerak dengan menumpang kereta kawan menuju ke bandar pontian. semua set memancing telah siap hanya perlu memasang umpan dan terus memancing.
sampai di bandar pontian sudah senja,kami menuju ke tempat rekreasi yang menjadi tumpuan pemancing2. tiba di sana,air masih belum pasang,nampak lumpur saja, sambil 2 lepak2 melihat keindahan matahari terbenam,sungguh indah sekali.

lepas puas lepak2 kt tmpt rekreasi 2, kami sume pergi ke pantai di bandar pontian yang mne port baik tuk memancing. sampai saja kt bandar pontian, kami mencari2 tempat makan kerena perut sudah lapar sambil menunggu air laut pasang pada malam harinya.
selesai saja makan,kami terus pergi mencari surau tuk solat magharib,waktu pn dh nak hbs,nasib baik sempat. selesai solat angin bertiup kencang menandakan hujan akan turun,
cepat2 kami mencari tempat memancing yang sesuai. sampai di tempat memancing, kami cepat2 menyiapkn mancing masing2 sebelum hujan turun. masa selesai memasang mancing gerimis menandakan hujan akan turun, ble umpan dh dipasang kami pn terus membaling umpan kedalam laut. masa 2 la hujan turun lebat. basah kami sume, tp dh alang2 memancing biar terus sampai habis.


sejuk malam tersebut dengan tiupan angin laut dan hujan yang masih tidak berhenti2. Tapi seronok ble diingat kembali waktu tersebut, terlupa seketika masalah2 yang ada. tepat pukul 12 malam kami sume pulang ke JB disebabkan keadaaan tidak mengizinkan kerana terlalu sejuk dan mengantuk.

Saturday, July 17, 2010

singapore garden festival

perjalanan dari jb sentral ke CIQ untuk ke singapore dengan menaiki bas hingga ke woodland melalui perjalanan yang memenatkan. weekend mungkin ramai ingin berjalan-jalan ke singapore. sampai di woodlands,satu masalah untuk melepasi kastam,orang ramai bersesak-sesak, letih berdiri dan menunggu untuk sampai kegiliran.
setelah melepasi check point kastam, terus mengambil bas ke kranji untuk menaiki MRT, pertama kali aku menaiki MRT, nasib baik ada kawan-kawan yang memberi panduan, kemudahan awam yang selesa yang terdapat di singapore untuk ke tempat yang ingin dituju,mudah da cepat. sampai di stesen untuk pertukaran tren, ramai sungguh orang untuk masuk dan keluar, nasib bukan hari bekerja, kalau hari bekerja,mgkin terpaksa menunggu tren yang lain dan berdiri tu sudah semestinya.
mungkin begini la kehidupan metropolitan yang sentiasa sibuk dan bersesak-sesak. akhirnya sampi kedestinasinya iaitu festival taman singapore. festival ini diadakan didalam bangunan membeli belah suntec city mall. pameran landscape ini dibuat di tingkat atas bangunan. lihat gambar yang aku amik masa festival ini berlangsung.

Friday, June 25, 2010

percutian 6 hari 5 malam

selepas selesai latihan amali,malam ni jugak ak bergerak ke kedah,
mencari ketenangan sambil jalan2, melihat tempat org.

Friday, June 18, 2010

jalan-jalan ke utara

melihat keindahan negeri kedah disamping mencari sesuatu yang baru untuk mengisi masa dengan perkara yang berfaedah.

Wednesday, June 16, 2010

latihan industri sudah smpi ke penghujungnya

pejam celik,tinggal seminggu lagi latihan industri dh nk tamat,cepat masa berlalu,sedar xsedar sudah hendak ke penhujungnya,gembira bercampur sdih,lps hbs,ak tidak xth apa nk buat,kerja atau rehat2 dulu,mood nk kje xssmpi lg,byk perancangan selepas ini,harap sume berjalan lancar.

Thursday, May 6, 2010

senang hati walaupn dalam kerisauan

hari ini,task aku bertambah ditempat praktikal,aku mendapat 3 projek beso yang perlu diselesaikan dalam masa parktikal,pening pn ada,kje y terpernah aku buat,jd aku terpaksa belajar satu2,awal aku masih blur,risau xdapat hendak selesai task 2,harap2 dapat siapkn gn jayanya..

Monday, May 3, 2010

Practical Training

Hari pertama aku memulakan latihan amali di RJ Planning,gembira dapat jumpe orang baru,
orang yang best2,makan best2,dapat pergi tempat yang best2,
enjoy tuk melalui hari-hari mendatang,harap begitu la..